Selasa, 23 Oktober 2012

Sholat adalah sebagai hubungan langsung antara seorang hamba dan penciptanya. Dijadikan sejuk mata ini dengan sholat. Apabila Rasulullah s.a.w. menghadapi perkara-perkara yang berat, beliau mendirikan sholat, menghadap kepada Allah s.w.t. Manusia sekarang banyak yang tidak memahami apakah maksud dan faedah sholat. Sholat yang tidak khusyu’ adalah seperti jasad tanpa ruh. Orang yang memberi hadiah kepada raja seorang hamba sahaya tanpa ruh akan dicaci dan dimaki oleh raja itu, karena perbuatan itu adalah seperti menghadiahkan bangkai semata-mata. Rasulullah s.a.w. sering mengatakan kepada Bilal Bin Rabah (r.a.), “Ya Bilal ! Akim as-salah wa arihna biha“ yang bermaksud: “Hai Bilal! Dirikanlah solat dan rehatkan(istirahatkan) kami dengannya.“ Ada seorang sahabat yang buta telah berjumpa kepada Nabi s.a.w. untuk meminta disembuhkan matanya. Nabi s.a.w. menyuruh sahabat itu supaya bersabar saja dan memberi perjanjian bahwa beliau akan dimasukkan ke dalam syorga. Sahabat itu berkata bahawa dia ingin dimasukkan ke dalam syorga dan juga disembuhkan matanya. Lalu Nabi s.a.w. menyuruh sahabat itu sholat dua raka’at dan berdoa, bertawasul kepada Nabi s.a.w. Sahabat itu pun melakukan sholat dan bertawasul kepada Nabi s.a.w. dengan mengatakan, “Ya Allah, dengan berkatnya Nabi Muhammad s.a.w., sembuhkan mataku ini.“ Lalu matanya pulih seperti semula. Ada para malaikat yang diciptakan Allah hanya berdiri, rukuk, sujud dsb, hingga hari kiamat. Kita, umat Nabi s.a.w. dengan hanya dua raka’at saja sudah diberi ganjaran yang besar. Nabi s.a.w. dipanggil langsung melalui mi’raj untuk mendapatkan perintah sholat lima waktu. 6 Syarat Untuk Mendapatkan Sholat Yang Khusyu’ • Dengan hati yang hadir: merasa kehadiran hati ketika mengucap kalimah-kalimah dalam sholat dan ketika melakukan pergerakan (perbuatan) • Harus memahami semua makna-makna yang dibaca di dalam sholat • Hati mesti merasakan ta’zim kepada Allah s.w.t. yaitu penghormatan dan pengagungan terhadap Allah s.w.t. • Harus memiliki rasa haibah, yaitu takut terhadap Allah s.w.t. Harus digabungkan antara perasaan ta’zim dan haibah • Raja’ yaitu harapan kepada Allah s.w.t. Bagaimana bisa diterima sholat kita tanpa perasaan raja’ terhadap Allah s.w.t.? • Haya’ yaitu perasaan malu terhadap Allah s.w.t. Kita mesti merasa serba kekurangan di sisi Allah s.w.t. Orang yang berhati khusyu’ dan bercahaya di sisi Allah s.w.t. selalu memiliki hati yang khusyu’, baik di dalam dan di luar solatnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar